Mesyuarat bulanan IT Services bersama OM.

Mesyuarat bulanan yang selalu diadakan di IT Services bersama dengan pengurus operasi (OM) Mdm. Catherine Lim Tsuey Tyng adalah merupakan mesyuarat terakhir bersamanya sebelum beliau memulakan tugas di tempat baru.

Mesyuarat bulanan ini selalunya merangkumi perancangan di IT Services, pembentangan laporan mesyuarat sebelum ini, dan pelbagai perkara-perkara berbangkit untuk dibincangkan.

Kami di IT Services ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Mdm. Catherine di tempat kerja barunya.