Penamaan Semula


Setelah berpindah ke hospital yang baru dibina, perkakasan yang digunakan di KPJ Tawakkal KL Specialist Hospital adalah perkakasan yang baru. Piawaian nama untuk setiap komputer masih belum lagi diseragamkan pada ketika itu kerana komputer perlu diedarkan dengan kadar segera di setiap jabatan. Disebabkan hal itu, IT Services kini mengambil inisiatif untuk menyeragamkan semua nama-nama komputer di sini.

Di antara sebab mengapa piawaian penyeragaman nama-nama komputer ini adalah:
  • Memudahkan IT Services mengenalpasti lokasi komputer di jabatan.
  • Mengenal pasti pengguna komputer.
  • Memudahkan kawalan jauh komputer untuk selesaian masalah.
  • Membuat rekod inventori komputer.
Terdapat banyak cadangan untuk penamaan piawai baru komputer-komputer ini. Namun, piawai yang telah dipersetujui adalah seperti berikut.

KTWKL-(Lokasi komputer)(Nama pengguna)(Indeks)

KTWKL ialah ringkasan untuk KPJ Tawakkal KL Specialist Hospital. Ringkasan nama ini diperlukan untuk membezakan komputer di KPJ Tawakkal KL Specialist Hospital dengan komputer hospital lain yang ada di dalam rangkaian KPJ Healthcare. Dengan itu, IT Services dapat mengenal pasti dengan pantas.

Lokasi komputer pula ialah lokasi di mana komputer itu diletakkan. Terdapat banyak jabatan di KPJ Tawakkal KL Specialist Hospital, seperti radiologi, farmasi, klinik, doktor, dan sebagainya. Jadi adalah amat penting untuk memasukkan lokasi dan kedudukan komputer berdasarkan jabatan. Ini akan mempercepatkan proses selesaian masalah sekiranya perlu mengenal pasti lokasi komputer di konsol.

Nama pengguna pula adalah nama pengguna akhir atau pun posisi komputer di jabatan. Jika komputer itu digunakan oleh seorang sahaja, maka nama pengguna tersebut akan diletakkan pada piawai nama komputer. Sehinggalah dia digantikan dengan pengguna yang lain, maka nama tersebut akan diubah (dengan mencatat nama lama di dalam rekod inventori untuk rujukan).

Sekiranya komputer itu digunakan oleh ramai pengguna (berkongsi), maka posisi komputer di jabatan akan digunakan. Sebagai contoh komputer diletakkan di atas kaunter. Maka nama kaunter akan dimasukkan ke dalam piawai nama komputer berkenaan.

Indeks pula akan merujuk kepada komputer yang dikongsi atau terdapat ramai pengguna. Komputer yang dikongsi yang selalunya berada di kaunter, selalunya mempunyai 2 atau lebih komputer di situ. Jadi komputer akan dinamakan dengan mengindeks komputer mengikut jumlah bilangan.


(full-width)