Laporan Harian/Bulanan

 


Laporan harian

Telah menjadi tugas kepada kakitangan di IT Services untuk menyediakan laporan harian kepada beberapa jabatan lain. Laporan harian ini diambil daripada laporan yang dijana dari sistem, dan hanya kaki tangan IT Services sahaja yang mempunyai akses kepada laporan ini. 

Antara laporan harian yang akan dihantar dengan tangan adalah laporan penggunaan ubat-ubatan oleh jabatan Farmasi. Laporan ini akan dicetak (setiap hari) dengan kertas ply, dan dihantar oleh kakitangan IT Services yang memulakan tugas di pagi hari kepada jabatan yang memerlukan.

Selain daripada itu, laporan bancian katil harian juga akan dijana oleh sistem dan disimpan dalam bentuk digital sebelum dihantar melalui emel kepada jabatan Perkhidmatan Pelanggan.

Laporan bulanan

Laporan bulanan pula akan dibuat oleh kakitangan IT Services yang akan dihantar kepada ketua jabatan. Laporan ini dibuat berdasarkan maklumat yang telah dikumpulkan (borang selesaian masalah dalam talian) sepanjang bulan sebelum disusun dan dikepilkan.

Dua laporan yang dibuat adalah laporan "penyelesaian masalah dalam masa 20 minit" dan laporan "pemadaman kredensi". Laporan "penyelesaian masalah dalam masa 20 minit" disediakan setiap awal bulan oleh En. Maznizan, manakala laporan "pemadaman kredensi" pula akan disediakan oleh En. Roslan.

Laporan-laporan ini selalunya dihantar kepada En. Nazrin selaku ketua jabatan pada setiap awal bulan untuk dihantar kepada Pengurus Operasi.

(full-width)