Selesaian Masalah


Tahap Pengguna Akhir (End User Level)

Selalunya, penyelesaian masalah di tahap pengguna akhir, kerap kali terjadi adalah masalah seperti berikut:
  • Masalah pencetak
  • Masalah sistem operasi/perisian
  • Masalah sistem
  • Masalah komputer
  • Penukaran posisi
  • Aturan tetapan sistem
Penyelesaian masalah di tahap pengguna akhir ini selalunya dilayan terus oleh ahli IT Services dengar kadar segera iaitu 20 minit lepas laporan diterima daripada pengguna akhir. Dan penyelesaian masalah ini perlu diselesaikan di dalam masa 24 jam.

Tahap Informasi Teknologi (Information Technology Level)

Selesaian masalah di tahap Teknologi Maklumat yang kerap berlaku adalah seperti berikut:
  • Masalah pelayan
  • Masalah rangkaian
  • Masalah aplikasi
  • Masalah pengkalan data
  • Masalah bekalan tenaga ke ladang pelayan
  • Masalah perisian pelayan/aplikasi
  • Perlesenan
  • Akses ke rangkaian setempat
  • Keselamatan siber
Untuk penyelesaian masalah di tahap Informasi Teknologi ini memerlukan interaksi dengan pekerja IT di bahagian ibu pejabat, kerana memerlukan kepakaran mereka. Selalunya IT Services akan membuat laporan terus kepada IT ibu pejabat sekiranya IT Services tidak dapat menyelesaikan masalah itu sendiri. Masa yang agak panjang juga diperlukan untuk membolehkan IT ibu pejabat menyelesaikannya.

Kaedah

Untuk setiap penyelesaian, masalah akan direkodkan menggunakan Google Form. Google Form ini mempunyai tarikh, masa, butiran, tempat laporan, dan solusi setiap penyelesaian masalah tersebut.

Data-data di dalam Google Form ini dikumpulkan selama sebulan dan kemudian satu laporan akan dibuat berdasarkan data-data tersebut.


Seterusnya, melalui data yang diperolehi, laporan bulanan akan telah dibuat akan dibawa kepada Pengurus Operasi untuk disemak. Laporan bulanan selama setahun akan digunakan untuk membuat statistik penyelesaian masalah tahunan.

(full-width)