Di KPJ Tawakkal KL Specialist Hospital, kali telah menggunakan beberapa paparan digital untuk memaparkan maklumat-maklumat penting kepada pelawat-pelawat. Di antara paparan-paparan ini adalah seperti Video Wall, papan tanda digital, dan televisyen pintar.
Paparan digital ini diletakkan di tempat-tempat strategik di mana pelawat dapat melihat maklumat dengan mudah, dan juga di kawasan tempat yang ramai orang berkumpul. Antaranya adalah seperti di lobi utama KPJ Tawakkal KL Specialt Hospital, di tempat menunggu, di kaunter resepsi, bersebelahan kaunter jururawat, dan juga di hadapan pintu masuk.
Paparan digital ini terdapat di dalam pelbagai saiz bergantung kepada lokasinya. Untuk paparan digital yang besar, selalunya paparan adalah daripada beberapa gabungan paparan yang sama saiz menjadikannya satu paparan yang besar. Terdapat juga gabungan paparan yang berlainan saiz untuk memaparkan maklumat tertentu. Manakala paparan tunggal pula digunakan di hadapan pintu masuk.