Fasa pembangunan laman web KTWKL IT Services.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Sebelum saya memulakan hantaran ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda kerana mengunjungi laman web IT Services ini. Kunjungan anda amat bermakna kepada kami di sini.


Walaupun laman web ini baru saja bertapak di dunia internet ini, kami di IT Services telah lama menjalankan tanggungjawab kami semenjak pembukaan hospital pada tahun 1984 lagi. Pertukaran dari sistem manual ke digital telah berjalan dengan lancar, dan kami menjadi entiti yang penting untuk perjalanan urusan seharian di sini.


Pembangunan laman web ini mengambil masa yang agak singkat memandangkan data terdahulu masih lagi dapat diakses. Pertukaran data dari hosting lama, ke tempat yang baru mengambil masa yang agak singkat dan tiada masalah besar.


Pada awalnya, laman web ini menggunakan platfom Google Sites sebelum bertukar ke Blogger dan web hosting tempatan. Rekabentuk laman web pula telah diubahsuai daripada template percuma yang didapati di internet. Manakala pengubahsuaian lain telah dibuat oleh saya sendiri untuk menambah baik fungsi laman web ini terutamanya kepada kakitangan IT Services.


Proses pembangunan laman web ini mengambil masa lebih kurang 3 minggu untuk disiapkan. Manakala pemilihan nama laman web ini untuk pembelian nama domain pula mengambil masa lebih kurang 2 hari.


Untuk masa ini, laman web ini masih lagi dalam fasa pembangunan dan kemaskini, selain dari masa yang diambil untuk penyelenggaraan. Saya meminta maaf sekiranya terdapat beberapa kesilapan dan ralat yang terdapat di dalam laman web ini. InsyaAllah, saya akan memperbaikinya dalam masa terdekat.


Terima kasih.